Tuesday, July 6, 2010

Mengapa lelaki kurang di IPTA?

Mengapa lelaki kurang di IPTA?

BILANGAN pelajar wanita terus menguasai lelaki di IPTA adalah antaranya disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Tahap kematangan yang berbeza di mana wanita mencapai tahap matang lebih awal dari lelaki, iaitu tahap akil baligh. Keadaan ini berterusan sehingga mereka berada dalam keadaan remaja dan dewasa.

2. Apabila mereka cepat matang maka mereka akan lebih serius dalam menghadapi pelajaran dan di pihak lelaki pula mereka masih lagi lalai dengan keseronokan dan kebudak-budakan.

3. Dalam perkahwinan pun kita selalu mencari wanita yang lebih muda untuk menyeimbangkan tahap kematangan ini.

Ini tidaklah bermaksud alasan di atas boleh diterima begitu sahaja. Banyak lagi sebab-sebab lain yang mempengaruhi tajuk di atas umpamanya banyak aktiviti luar yang dipelopori oleh pelajar lelaki tetapi tidak dimasukkan sebagai kelayakan masuk ke IPTA.

Kita selalu menyebut bahawa pendidikan kita berorientasikan peperiksaan.

Sekiranya aktiviti luar seperti berpersatuan, kepimpinan dan aktiviti lasak juga dijadikan syarat utama kemasukan ke IPTA, saya yakin pelajar lelaki akan kembali mendominasi IPTA.

No comments: