Friday, May 18, 2007

LATAR BELAKANG PUSAT AKSES SMK SERI

1. Pusat Akses SMK Seri ditubuhkan secara rasminya pada 5 Februari 2007, tarikh yang mana pusat ini beroperasi secara rasminya.
2. Pusat ini memiliki 10 unit komputer jenama Acer dilengkapi dengan headphone dan mikrofon. Selain daripada terdapat juga satu unit pencetak laser jet jenama Samsung yang hanya boleh digunakan oleh pelajar dengan sedikit bayaran
3. Jawatankuasa Pusat Akses di sekolah ini diketuai oleh Tuan Pengetua, diikuti oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Perpustakaan dan Media, Guru Penyelaras ICT, Ketua-Ketua Bidang dan Guru Penyelaras Pusat Akses serta Penolong Guru Penyelaras.
4. Waktu beroperasi pusat ini adalah pada hari-hari persekolahan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Namun jika ada permintaan untuk menggunakannya pada hari-hari cuti atau di luar waktu berikut, kebenaran khas boleh dipohon daripada pihak pentadbiran sekolah.
5. Jawatankuasa kerja pusat ini diketuai oleh Guru Penyelaras Pusat Akses iaitu Encik Rushidi bin Roosli (sesi petang), dibantu oleh Puan Fazira Herlina di sesi pagi. Manakala kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengawasan komputer dilakukan oleh enam orang pengawas pusat akses yang telah dilantik.
6. Keutamaan penggunaan adalah kepada semua pelajar SMK Seri yang amat-amat dialu-alukan menggunakan pusat. Sekiranya ada pertembungan di antara guru dan pelajar dalam penggunaan komputer di sini, pelajar perlu diberi keutamaan. Di samping itu para guru, kakitangan pentadbiran dan sokongan turut diharap dapat memanfaatkan kemudahan dan teknologi secara percuma ini

No comments: