Friday, May 18, 2007

PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT AKSES

1. Pelajar dilarang sama sekali memasuki pusat akses tanpa ditemani oleh guru anda. Penyelaras pusat ini berhak untuk menghalang anda masuk jika ketiadaan guru dalam bilik ini

2. Sila tuliskan nama dan butiran yang dikehendaki di dalam Borang Penggunaan Pusat Akses setiap kali menggunakan komputer di dalam bilik ini
3. Pengguna ditegah menukar atau mengubah apa-apa penetapan setting, mengubah nama(rename), memadam fail atau menyimpan apa-apa bahan di dalam komputer pusat akses ini
4. Penggunaan hanya dibenarkan terhad kepada 10 orang saja pada satu-satu masa. Ini bagi mengelakkan kesesakan
5. Pengguna dilarang membawa beg,makanan atau minuman ke dalam bilik ini
6. Sila pastikan anda mengimbas (scan) sebarang disket,pen drive yang ingin digunakan di dalam Pusat Akses ini
7. Para pengguna amat-amat diharapkan agar tidak menutup/off sendiri komputer yang telah digunakan. Semua komputer akan ditutup oleh guru Pusat Akses di akhir sesi persekolahan
8. Sila tanggalkan kasut/selipar anda di luar Pusat Akses
9. Pengguna amat dialu-alukan menggunakan pusat pada sepanjang waktu persekolahan. Sila dapatkan kunci daripada Guru Penyelaras Pusat untuk penggunaannya sekiranya pintu dikunci.
10. Sila tutup kipas, lampu dan penyaman udara sebelum menginggalkan bilik ini apabila tiada pengguna di dalamnya.
11. Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian ke dalam bilik ini
12. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada pusat ini
13. Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer
14. Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer
15. Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.

No comments: