Thursday, October 15, 2009

CATATAN REDAKSI....TINTA PUSAT AKSES SERI

Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah swt. di atas ruang dan kesempatan untuk terus berbakti dan berkongsi secebis ilmu sesama kita. Mudah-mudahan ianya memberikan manfaat dan ruang untuk kita semua terus berbuat kebaikan di dunia dan akhirat.
Pada kesempatan yang ada ini saya ingin membuka minda warga Seri sekalian berkaitan isu celik ICT di kalangan pelajar SMK Seri. Berdasarkan hasil kutipan data yg dibuat sepanjang tahun ini terhadap 150 orang pelajar sesi pagi dan petang oleh jawatan kuasa pusat akses, terdapat dua indicator atau penanda aras yg penting untuk dimaklumkan di sini. Pertamanya adalah daripada 150 org pelajar yg disoal selidik, hanya 43 peratus atau 64 orang pelajar sahaja yg biasa dan pernah menggunakan atau mengakses internet. Petunjuk kedua adalah daripada 150 orang pelajar yg disoal selidik, hanya 40 peratus atau 60 orang sahaja yg memiliki sebarang akaun emel sama ada yahoo mail, gmail, hotmail, rocketmail dan sebagainya. Data yg dikumpulkan ini sebenarnya walaupun tidak seratus peratus memberikan gambaran yang tepat tetapi agak signifikan untuk membuktikan bahawa kadar celik IT dalam kalangan pelajar Seri masih amat rendah iaitu tidak sampai 50 peratus.
Persoalan pertama adalah kenapa timbulnya keadaan ini, yakni kurangnya kesedaran terhadap pentingnya komponen utama dalam perkembangn ict iaitu literasi internet . Ini timbul kerana para pelajar tidak merasakan betapa pentingnya internet dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bidang pendidikan. Tahukah kita semua bahawa internet kini digunakn untuk urusan permohonan kemasukan ke sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, permohonan memasuki institut pengajian tinggi malah untuk memohon pekerjaan pun perlu dilakukan secara on line atau atas talian sama ada di sektor awam atau swasta. Banyak soalan-soalan latihan, nota-nota pelajaran dan soalan-soalan peperiksaan boleh diperoleh melalui internet…kalau saya nak cerita mengenai kelebihan internet ni sampai malam pun belum tentu habis. Pendek kata kalau kita nak memesan makanan pun boleh dilakukan melalui internet, dan makanan akan dihantar ke hadapan pintu rumah kita… Cuma yg agak menyedihkan kpd pelajar2 kita di sekolah ini adalah penggunaan internet lebih terhad kepada hiburan dan keseronokan. Sedangkan banyak sekali laman ilmu seperti eduwebtv, yahoo education, guru.net, dsbnya.
Kesimpulannya, saya ingin menyeru kepada semua pelajar supaya menggunakan ruang, peluang dan kesempatan yang ada untuk mempelajari internet. Walaupun tinggal di Balik Pulau tetapi ini bukanlah alas an untuk kita semua terus tertinggal daripada arus kemajuan digital. Cuba-cubalah berjinak-jinak dengan mengunjungi pusat internet desa bersebelahan pejabat pos, perpustakaan daerah, makmal komputer sekolah, malah di pusat akses sekolah kita untuk belajar berkaitan internet secara percuma…apa-apa kemusykilan boleh berhubung dengan jawatankuasa pusat akses di….SELAMAT MAJU JAYA....
SIDANG REDAKSI

No comments: