Friday, May 18, 2007

AKSES KESIHATAN


FORMULA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassiu m (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN :i) Menghadap Kiblatii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)iii) Baca doa penerang hatiiv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkha siat dari susu debu. CARA MINUM :i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malamii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal. Wallahualam


MENGAPA AIR PENTING ?




1. Individu yang kekurangan air dalam tubuh boleh mengalami dehidrasi (nyah lembapan) dan melemahkan badan anda.
2. Air membantu melancarkan perjalanan system dalam tubuh dan mencegah penyakit tertentu seperti penyakit batu karang, menngurangkan risiko kanser kolon.
3. menseimbangkan suhu badan
4. Mengumuhkan bahan-bahan buangan
5. Membawa zat dan oksigen kepada sel-sel tubuh
6. Mencegah sembelit
7. Mengurangkan bebanan buah pinggang dan hati dengan membuang bahan-bahan toksik
8. Membantu menyerap vitamin, zat galian dan lain-lain zat makanan yang boleh dimanfaatkan oleh tubuh
9. Melindungi sendi


MINUMLAH AIR LAPAN GELAS SEHARI. ANDA PASTI BIASA MENDENGAR KATA-KATA INI SABAN WAKTU.




Makanan untuk jasad dan rohboleh dijaga dengan memberi perhatian dalam kehidupan terhadap beberapa perkara :


A. Bersenam
B. Rehat yang mencukupi
C. Makanan yang berkhasiat
D. Sembahyang, doa dan ibadat khusus

Makanan Pemberi Tenaga



1. Pasta - kaya dengan karbohidrat dan membekalkan zat besi dan vitamin B
2. Oats - diperkaya dengan zat besi, magnesium dan vitamin B
3. Roti dan bijirin sarapan pagi - kaya dengan karbohidrat, vitamin B dan zat besi
4. Sayur-sayuran hijau - diperkaya dengan magnesium, asid folik dan zat besi
5. Yogurt rendah lemak - mengandungi karbohidrat, vitamin B dan magnesium
6. Ikan dan makanan laut - kaya vitamin B (B12) dan magnesium



Panduan



1. Rasa haus yang dialami menunjukkan tanda bahawa tubuh memerlukan air. Pastikan anda tidak terhidrasi dengan meminum segelas air selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Jangan minum terlalu banyak air pada satu-satu masa.


2. Pastikan anda membawa sebotol air atau meminum air secara tetap.


3. Elakkan minum minuman bersoda dan minumlah air selepas makan.
4. Mulakanlah dengan menetapkan masa-masa tertentu untuk anda minum secara tetap contohnya pagi 2 gelas, tengah hari 3 gelas, petang 2 gelas dan malam 1 gelas. Disiplinkanlah diri demi kesihatan dan kecergasan anda.

AKSES TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


PINTASAN MUDAH

Di sini kami ada sediakan beberapa pintasan mudah yang pasti berguna terutama kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini। Selamat Mencuba!


1. Shut down-Untuk shut down tekan kekunci Alt + F4


2. Memilih File-Untuk memilih beberapa file sekali gus yang tidak tersusun tekan Ctrl dan klik kiri pada fileSelect All, Copy, Paste dan Save


3. Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A,


4. Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C, Untuk Paste, tekan kekunci Ctrl + V dan Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S. Untuk Un do tekan Ctrl + Z


5. Untuk menghentikan "downloading web page"Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.


6. Untuk membuka link dalam satu tetingkap baruSelain dari klik kanan >Open Link in New Window. Anda boleh juga menekan kekunci Shift serentak dengan klik kiri dengan meletakkan penunjuk tetikus pada link yang dikehendaki. Ini sangat berguna apabila kita melayari laman web yang banyak mengandungi image.


7. Pintasan ke 'Start'Selain daripada menggunakan tetikus atau kekunci berlogo Windows untuk pergi ke Start, anda juga boleh menekan Ctrl + Esc. Menaip URL pada Address BarJika anda menggunakan Internet Explorer. Anda tidak perlu menaip "http://www.familiazam.com" di adress bar, sebaliknya anda hanya perlu taip "familiazam" sahaja dan kemudian tekan Ctrl + Enter. Begitu juga lain-lain URL yang bermula dengan http://www. dan berakhir dengan .comMencetak dari web


8. Untuk mencetak satu frame dari web page, klik kanan dalam frame tersebut dan klik print.


9. Melihat properties sesuatu failCara lain untuk melihat properties sesuatu fail ialah dengan menekan ALT + ENTER @ ALT + 2 klikMembuka satu tetingkap IE baruTekan Ctrl+N, untuk membuka satu tetingkap baru Internet Explorer.


10. Menamakan (rename) sesuatu failCara lain untuk menamakan semula (Rename) sesuatu fail, ialah dengan menekan F2.


11. Membuang fail tanpa ke Recycle BinUntuk membuang sesuatu fail tanpa dimasukkan ke dalam Recycle Bin dengan segera, anda perlu menekan kekunci SHIFT + DELETE.Dengan ini anda tidak perlu mengosongkan Recycle Bin.


12. Menyimpan Url kedalam My FavoriteTekan Ctrl+D semasa web page itu berada dalam browser Internet Explorer.


13. Hentikan Fungsi AutoplayUntuk menghentikan fungsi autoplay ketika memasukkan CD, anda perlu menekan kekunci SHIFT ketika memasukkan cakera padat (CD) anda.Pintasan ke tapak web baruBagi pengguna Internet Explorer @ Netscape Navigator, langkah untuk membuka satu tapak Web baru boleh dipermudahkan dengan menekan kekunci Ctrl dan kekunci O secara serentak. Pelayar Web versi berlainan mungkin menggunakan kekunci L selain kekunci O.Pintasan untuk Windows Explorer-


14. Untuk ke Windows Explorer dengan mudah, anda hanya perlu menekan kekunci ber'logo' Windows serentak dengan kekunci E.Fungsi kekunci F11-Untuk melihat browser Internet Explorer dalam Full screen mode, tekan kekunci F11. untuk kembali tekan F1१. sekali lagi.Melebarkan dan mengecilkan tingkap-Anda hanya perlu klik 2 kali pada 'title bar' untuk membesarkan atau mengecilkan saiz tetingkap anda misalnya internet explorer.


15. Pintasan web dari desktop-Anda boleh membina pintasan dari desktop ke webpage dengan cara klik kanan pada web page diikuti dengan Create Shortcut.


16. Masalah untuk bermain games-Sekiranya anda telah meng'install' sesuatu games tetapi tidak dapat bermain kerana sistem menyatakan tiada CD walaupun anda telah memasukkan CD tersebut, anda perlu copy fail dari direktori patch atau crack dari cd tersebut ke dalam folder games itu di hard-disk.


17. Mempersegarkan paparan-Persegar Paparan- Anda boleh membuat pilihan sama ada menekan butang View/Fresh yang terletak pada taskbar atau memanfaatkan butang kekunci F5 bagi mempersegar (refresh) pada paparan Explorer. Ini memudahkan anda sekiranya memeriksa kandungan beberapa keping disket secara berterusan.


18. Melihat permulaan dan akhir dokumen-Untuk melihat permulaan sesuatu dokumen, tekan kekunci HOME, untuk melihat akhir sesuatu dokument tekan kekunci END.Pintasan mudah-


19. Anda boleh menggunakan beberapa pintasan yang disediakan pada papan kekunci untuk membuka program tertentu iaitu:Tekan kekunci Windows dan :E -melancarkan Windows Explorer/My ComputerR -membuka kotak RunF -membuka kotak FindF१.- melancarkan helpM -mengecilkan semua tetingkap yang terbuka (untuk membesarkan tekan Shift+Windows+M)?



SILA HUBUNGI KAMI

Kami teramat-amat mengalu-alukan respon dan maklumbalas anda dari aspek :

a. buah fikiran
b. pandangan
c. komen
d. perkongsian pendapat
e. cadangan
f. ukhwah dan silaturrahim

Mudah sahaja....hanya emelkan kepada kami di aksessmkseri@yahoo.com.my , pada bila-bila masa. Terima kasih di atas perhatian dan kesudian anda melayari info Pusat Akses SMK Seri....Semoga kita sama-sama beroleh ilmu dan manfaat di dunia dan akhirat...Wassalam

PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT AKSES

1. Pelajar dilarang sama sekali memasuki pusat akses tanpa ditemani oleh guru anda. Penyelaras pusat ini berhak untuk menghalang anda masuk jika ketiadaan guru dalam bilik ini

2. Sila tuliskan nama dan butiran yang dikehendaki di dalam Borang Penggunaan Pusat Akses setiap kali menggunakan komputer di dalam bilik ini
3. Pengguna ditegah menukar atau mengubah apa-apa penetapan setting, mengubah nama(rename), memadam fail atau menyimpan apa-apa bahan di dalam komputer pusat akses ini
4. Penggunaan hanya dibenarkan terhad kepada 10 orang saja pada satu-satu masa. Ini bagi mengelakkan kesesakan
5. Pengguna dilarang membawa beg,makanan atau minuman ke dalam bilik ini
6. Sila pastikan anda mengimbas (scan) sebarang disket,pen drive yang ingin digunakan di dalam Pusat Akses ini
7. Para pengguna amat-amat diharapkan agar tidak menutup/off sendiri komputer yang telah digunakan. Semua komputer akan ditutup oleh guru Pusat Akses di akhir sesi persekolahan
8. Sila tanggalkan kasut/selipar anda di luar Pusat Akses
9. Pengguna amat dialu-alukan menggunakan pusat pada sepanjang waktu persekolahan. Sila dapatkan kunci daripada Guru Penyelaras Pusat untuk penggunaannya sekiranya pintu dikunci.
10. Sila tutup kipas, lampu dan penyaman udara sebelum menginggalkan bilik ini apabila tiada pengguna di dalamnya.
11. Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian ke dalam bilik ini
12. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada pusat ini
13. Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer
14. Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer
15. Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.

AKRONIM PUSAT AKSES

1. KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
2. BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
3. BTMK - Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4. JNS - Jemaah Nazir Sekolah
5. BS - Bahagian Sekolah
6. BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
7. JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
8. PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
9. PSPN - Pusat Sumber Pendidikan Negeri
10. PKG - Pusat Kegiatan Guru
11. PPG - Pejabat Pelajaran Gabungan
12. TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
13. ICT - Information Technology and Communication
14. JKR - Jabatan Kerja Raya

AMALAN BAIK KESELAMATAN KATA LALUAN MEL ELEKTRONIK

1. Rahsiakan kata laluan anda daripada pengetahuan orang lain
2. Sekiranya kata laluan telah dikompromi atau telah didedahkan kepada pihak lain, sila buat perubahan kepada kata laluan yang baru secepat mungkin
3. Anda amat digalakkan menukarkan kata laluan 2-3 bulan sekali
4. Kata laluan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan alphanumerik dan simbol khas. Contohnya j2yupa.
5. Elakkan daripada menggunakan kata laluan terdahulu
6. Kata laluan hendaklah dihafal dan jangan disalin di mana-mana media

GALERI PUSAT AKSES SMK SERI










































LATAR BELAKANG PUSAT AKSES SMK SERI

1. Pusat Akses SMK Seri ditubuhkan secara rasminya pada 5 Februari 2007, tarikh yang mana pusat ini beroperasi secara rasminya.
2. Pusat ini memiliki 10 unit komputer jenama Acer dilengkapi dengan headphone dan mikrofon. Selain daripada terdapat juga satu unit pencetak laser jet jenama Samsung yang hanya boleh digunakan oleh pelajar dengan sedikit bayaran
3. Jawatankuasa Pusat Akses di sekolah ini diketuai oleh Tuan Pengetua, diikuti oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Perpustakaan dan Media, Guru Penyelaras ICT, Ketua-Ketua Bidang dan Guru Penyelaras Pusat Akses serta Penolong Guru Penyelaras.
4. Waktu beroperasi pusat ini adalah pada hari-hari persekolahan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Namun jika ada permintaan untuk menggunakannya pada hari-hari cuti atau di luar waktu berikut, kebenaran khas boleh dipohon daripada pihak pentadbiran sekolah.
5. Jawatankuasa kerja pusat ini diketuai oleh Guru Penyelaras Pusat Akses iaitu Encik Rushidi bin Roosli (sesi petang), dibantu oleh Puan Fazira Herlina di sesi pagi. Manakala kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengawasan komputer dilakukan oleh enam orang pengawas pusat akses yang telah dilantik.
6. Keutamaan penggunaan adalah kepada semua pelajar SMK Seri yang amat-amat dialu-alukan menggunakan pusat. Sekiranya ada pertembungan di antara guru dan pelajar dalam penggunaan komputer di sini, pelajar perlu diberi keutamaan. Di samping itu para guru, kakitangan pentadbiran dan sokongan turut diharap dapat memanfaatkan kemudahan dan teknologi secara percuma ini

PUSAT AKSES : SATU PENGENALAN


1. Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran
2. Murid boleh membuat pembelajaran kendiri(self learning).
3. Pusat ini merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Pelajar boleh dapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.
4. Pusat ini menjadi wadah ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

AHLI JAWATANKUASA PUSAT AKSES SMK SERI


1. Penasihat - Pengetua (Encik Mohd Zabidi Bin Abdul Rahman)
2. Pengerusi - Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Puan Jamilah binti Man)
3. Setiausaha - Guru Perpustakaan dan Media (Tiada)
4. Penolong Setiausaha - Guru Penyelaras ICT (Encik Abdul Naim Bin Ibrahim)
5. Ahli Jawatankuasa - Ketua-ketua Bidang/Panitia (Semua ketua bidang dan ketua panitia)
6. Operasi dan Dokumentasi - Guru Penyelaras Pusat Akses (Encik Rushidi bin Roosli) dan Penolong Guru Penyelaras Pusat Akses (Puan Fazira Herlina)

AKTIVITI ANJURAN PUSAT AKSES SMK SERI

1. Mencari maklumat daripada internet untuk pembelajaran
2. Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-learning)
3. Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
4. Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
5. Berkolaborasi dengan murid lain.

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PUSAT AKSES

1. Bahan yang dimuat turun melalui enjin pencari maklumat seperti Google, Yahoo, Altavista dan sebagainya
2. Portal pendidikan seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart Learning, dan sebagainya
3. Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/DVD/VCD/CD Audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat

OBJEKTIF DAN MATLAMAT PENUBUHAN PUSAT AKSES


A. Matlamat Penubuhan Pusat Akses Sekolah :

1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

B. Objektif Penubuhan Pusat Akses Sekolah :

1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran