Mengapa lelaki kurang di IPTA?
BILANGAN pelajar wanita terus menguasai lelaki di IPTA adalah antaranya disebabkan faktor-faktor berikut:
1. Tahap kematangan yang berbeza di mana wanita mencapai tahap matang lebih awal dari lelaki, iaitu tahap akil baligh. Keadaan ini berterusan sehingga mereka berada dalam keadaan remaja dan dewasa.
2. Apabila mereka cepat matang maka mereka akan lebih serius dalam menghadapi pelajaran dan di pihak lelaki pula mereka masih lagi lalai dengan keseronokan dan kebudak-budakan.
3. Dalam perkahwinan pun kita selalu mencari wanita yang lebih muda untuk menyeimbangkan tahap kematangan ini.
Ini tidaklah bermaksud alasan di atas boleh diterima begitu sahaja. Banyak lagi sebab-sebab lain yang mempengaruhi tajuk di atas umpamanya banyak aktiviti luar yang dipelopori oleh pelajar lelaki tetapi tidak dimasukkan sebagai kelayakan masuk ke IPTA.
Kita selalu menyebut bahawa pendidikan kita berorientasikan peperiksaan.
Sekiranya aktiviti luar seperti berpersatuan, kepimpinan dan aktiviti lasak juga dijadikan syarat utama kemasukan ke IPTA, saya yakin pelajar lelaki akan kembali mendominasi IPTA.
Tuesday, July 6, 2010
Mengapa lelaki kurang di IPTA?
Pelajar UPSI belum tentu jadi guru?
Pelajar UPSI belum tentu jadi guru?
JIKA anda bercita-cita menjadi guru dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jangan cepat teruja. Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda berjaya mendapat segulung ijazah dari universiti ini.
Masyarakat masih beranggapan bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah Malaysia. Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin melupakan peranannya mendidik dan melahirkan guru Malaysia dan semakin ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru.
UPSI meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara sistematik dengan berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan penstrukturan semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata pelajaran sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan dengan melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Tindakan peminggiran ini jelas apabila pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus-kursus Sains dan Matematik untuk bakal-bakal graduan guru sekolah dikeluarkan dari Fakulti Sains dan Teknologi serta dilonggokkan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Alasannya, pensyarah-pensyarah ini fokus kepada subjek Sains dan Matematik yang akan diajar di sekolah-sekolah dan seharusnya dipindahkan ke fakulti berkenaan. Saki baki Fakulti Sains dan Teknologi yang tertinggal diberi penjenamaan semula dengan nama Fakulti Sains dan Matematik.
Jika berasaskan kepada sebab yang diberikan, ini bermakna Fakulti Sains dan Matematik hanya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru sahaja. Jika UPSI membuat pengkelasan berdasarkan kriteria sebegini, kesannya nanti, hanya tinggal Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia sahaja yang mendidik graduan bakal guru manakala lapan fakulti lain yang selebihnya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka.
Layakkah UPSI terus memegang gelaran universiti pendidikan jika nanti hanya satu daripada sembilan fakultinya yang fokus kepada pendidikan guru? Apa akan jadi dengan tujuh fakulti lama yang tinggal dan satu fakulti baru yang telah ditubuhkan? Semuanya untuk pasaran terbuka bukan guru?
Sebenarnya, penstrukturan semula fakulti lebih kepada gimik pihak pengurusan untuk mengaburi mata masyarakat yang kononnya telah berlaku perubahan besar di UPSI. Kenyataannya, perubahan hanya kepada kedudukan bilik-bilik pensyarah akibat dipindahkan ke ‘fakulti longgok’. Mereka masih mengajar mata pelajaran yang sama kepada pelajar. Tidak ada apa-apa nilai tambah yang diperoleh daripada penstrukturan ini, selain menyusahkan pihak-pihak yang terlibat. Inilah penjenamaan semula dan penstrukturan semula fakulti yang UPSI banggakan sekarang.
UPSI kini berhasrat untuk menggadaikan warisan tradisinya mendidik guru. Sedangkan universiti-universiti lain berusaha untuk menawarkan lebih banyak kursus pendidikan tetapi UPSI sendiri mula meminggirkan bidang pendidikan guru yang menjadi darah daging UPSI sejak zaman SITC tahun 1922 lagi.
Inilah salah satu contoh masalah yang berlaku.
Barangkali UPSI berpendapat, hak untuk menawarkan sebarang kursus adalah hak UPSI. Masalah untuk menempatkan graduannya di sekolah-sekolah adalah masalah Kementerian Pelajaran. UPSI tidak perlu fikir itu semua sebab yang paling penting, UPSI boleh nampak gah menawarkan kursus-kursus yang tidak ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru atau mana-mana IPTA lain. Masalah penempatan guru untuk graduannya, biarlah kementerian berkenaan yang selesaikan.
Nyata sekali, UPSI tidak pernah mengkaji sedalam-dalamnya pasaran guru untuk kesemua graduannya. Semakin hari, semakin galak UPSI merancang dan menawarkan pelbagai kursus yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia. UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA lain. Sebab itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.
Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan kementerian adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolah-sekolah.
Untuk mengubat hati, UPSI mengatakan bahawa graduannya masih boleh menjadi pensyarah di politeknik.
Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang berjaya menjadi pensyarah di politeknik amatlah kecil. Jika benar peratusannya tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada masyarakat supaya boleh menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu kerana mereka yang akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka belajar di UPSI.
Kepada anda yang benar-benar bercita-cita menjadi guru, anda berhak membuat pilihan yang lebih tepat. Ketika ini, pilihan terbaik anda adalah Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana selain mendapat bantuan elaun semasa belajar, peluang untuk ditempatkan di sekolah-sekolah juga jauh terjamin berbanding graduan UPSI. Setidak-tidaknya, anda tidak akan menganggur untuk satu tempoh yang lama sambil menanggung beban dengan hutang PTPTN. Semak semula surat tawaran anda jika ditawarkan ke UPSI dan fahamilah erti sebenar ‘kursus terbuka’ jika tertulis di dalamnya. Pilihan sebenar di tangan anda.
Sunday, July 4, 2010
KEPENTINGAN SUKAN DAN KO-KURIKULUM KEPADA PELAJAR
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.
Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira
sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai
aktiviti rekreasi.
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
•Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
•Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran
(benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.
Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalamcatur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.
Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran.Per mainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.
Sejarah sukan
Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia.
Semangat kesukanan
Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.
Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan daripada persatuan sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau dengan mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktiviti rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikal BMX, meluncur dan sebagainya.
Profesionalisme dan peraturan sukan
Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di mana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebih menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengah orang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian masa lapang bagi hampir seluruh populasidunia.
" Kepentingan Pelajar menyertai aktiviti ko kurikulum ".
Pendahuluan : Ko kurikulum ialah aktiviti selepas sekolah iaitu aktiviti persatuan
unit beruniform dan sukan.
A. melatih murid menjadi pemimpin - sifat kepimpinan dalam aktiviti.
B. melatih murid untuk berdikari sendiri - contoh dalam perkhemahan tahunan - masak
sendiri dan aktiviti dalam perkhemahan.
C. melatih murid mematuhi disiplin dan arahan ketua.
- penting untuk keutuhan sesuatu organisasi atau negara. Semangat kerjasama - berat
sama dipikul dan ringan sama dijinjing.
D. Menambah ilmu pengetahuan tambahan - cara membuat pertolongan cemas.
E. untuk kesihatan diri - aktiviti sukan dan permainan
- badan sihat - otak cergas
Murid patut menyertai aktiviti ko kurikulum untuk memperolehi berbagai faedah untuk diri.
Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan
guru-guru. Berikan sebab-sebabnya.
Pengertian kokurikulum - kegiatan luar bilik darjah - untuk bantu pembelajaran di bilik
darjah
contoh ; sukan dan permainan , unit beruniform, kelab dan persatuan
boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru
i. dalam aktiviti sukan dan permainan - murid-murid akan bekerjasama dan bantu- membantu bagi mencapai kemenangan - tidak secara langsung dapat merapatkan hubungan sesama mereka.
ii. dalam aktiviti unit beruniform - dapat berbincang . ikut arahan ketua, disiplin / riadah -
dapat merapatkan hubungan sesama murid
iii. dalam aktiviti kelab dan persatuan - berbalas pantun , kuiz, syarahan dan lain-lain
memerlukan kerjasama dan muafakat - dapat eratkan hubungan
iv. pertandingan / perlawanan sukan dan aktiviti kokurikulum dengan sekolah lain pula
dapat rapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan hubungan yang rapat dan baik penting bagi menjamin keharmonian sesebuah sekolah dan
masyarakat kejayaan dalam pendidikan / pelajaran.
Bentuk sahsiah murid melalui sukan
SAYA berpendapat masalah buli di sekolah berlaku kerana pelajar tidak mempunyai kemahiran sosial yang mantap seperti mengawal kemarahan, ego dan daya agresif dalam diri.
Ini adalah kerana sistem sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan
mengetepikan aspek sukan, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan.
Sukan umpamanya, mempunyai peranan yang besar dalam membentuk semangat juang,espirit
de corp serta toleransi dalam konteks kalah dan menang.
Banyak sekolah yang tidak mempunyai padang untuk aktiviti sukan. Aktiviti sukan diadakan secara ala kadar pada bulan-bulan pertama persekolahan. Justeru pelajar hari ini tidak pernah belajar untuk menerima kekalahan. Ego untuk menang menyebabkan pelajar baru sombong kepada pelajar lama.
Saya rasa sampailah masanya Kementerian Pelajaran mengambil perhatian serius terhadap
kepentingan sukan dan aktiviti kokurikulum dalam pembentukan sahsiah pelajar.
Matlamat kewujudan sains sukan adalah seperti berikut:
•Pertumbuhan organ: Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat dipengaruhi oleh
kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot purkenje pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan lari anak secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk menyelesakan kaki di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan jogging.
•Pertumbuhan fizikal: Fizikal adalah pandangan luaran seseorang. Individu yang sihat
badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan luaran.
Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat memakai
baju jenis "body fit" sudah pasti membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun
di tempat awam. Orang yang sihat badan selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti
serta bergiat aktif dalam program-program seperti tarian, drama, muzik, maraton, dsb.
Selain itu, kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang mempengaruhi keputusan
pihak atasan untuk membuat pilihan untuk sesuatu kerja ataupun projek.
•Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran: Koordinasi otot dan saraf adalah penting
dalam melicinkan pergerakan seseorang. Jika seseorang sentiasa melalukan sesuatu
aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah pasti ia bukan satu masalah baginya,
melakukan senam robik sebab otot dan saraf sudah biasa dengan pergerakan sedemikian.
Sebaliknya, seseorang akan berasa lesu dan sakit jika koordinasinya tidak selaras dengan kehendak individu. Kemampuan untuk melakukan pergerakan yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran seseorang dalam bidang tersebut.
•Pertumbuhan emosi dan sosial: sukan adalah satu saluran yang baik untuk meluahkan
perasaan marah, tekanan stres, dan frustrasi. Ia juga dapat melatih seseorang supaya
menjadi optimis dan ring. Telah dipercayai sukan boleh merangsang perembesan hormon
riang "serotonin" yang boleh menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu,
sukan dan latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh merapatkan hubungan
antara sesama yang lain. Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan
yang positif semasa bermain "game".
•Pertumbuhan insan dan negara: manusia harusnya sentiasa aktif dan cergas. Dengan
adanya populasi yang sihat, barulah negara menjadi kuat. Kekuatan ini adalah disebabkan manusia yang sihat dari fizikal boleh menyumbang tenaga buruh; sihat mental boleh memberi idea yang baru kepada negara, sihat sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman satu negara. Selain itu, sukan memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dengan negara lain seperti Sukan Komenwel, Olimpik, SUKOM etc.
Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi
pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang
menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti
ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan
kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti.
Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.
Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan
mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar
yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah,
jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini.
Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak
daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan
dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila
melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum.
Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak
terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan
pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan
pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang
terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan
pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk
melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.
Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu
pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap
kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari
bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta
mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti
memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.
Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang
erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai
orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis
manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk
menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan
yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan
yang tidak boleh mereka peroleh di luar.
Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan
beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk
menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara
memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini
memberi satu pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut
memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu
pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah.
Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar
tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap
aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan.
Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka
seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang
harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses
kehidupan kita sebagai manusia. Peranan pelajar terhadap negara?
Isi Contoh:
§ Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
§ Tidak terlibat dalam kegiatan tidak bermoral
§ Menyumbangkan tenaga pada negara
§ Menghargai dan menjaga generasi tua
§ Melakukan sesuatu perkara yang memberi kebanggaan kepada masyarakat dan
negara