Thursday, October 15, 2009

AKSES TIPS PEPERIKSAAN...TEKNIK BELAJAR NUR AMALINA

AKSES TIPS PEPERIKSAAN…
TEKNIK BELAJAR NUR AMALINA
MENGINGATI PELAJARAN
“Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran .Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan.Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji.”
BAGAIMANA MENGUASAI KESEMUA MATAPELAJARAN?
“Daripada sepuluh matapelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu,hanya satu matapelajaran,iaitu Prisip Akaun,saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya.Yang lain,saya belajar sendiri di rumah.Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan.”
TIP MENGINGATI FORMULA & FAKTA
Buat nota ringkas
Lukis peta minda apabila mengulangkaji @ mempelajari tajuk baru
Wujudkan kata kunci
Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
Buat latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati.
Ulangkaji di rumah secara berterusan.
TIP MENGUAT INGATAN
Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas.
Berfikiran positif.
Fikir perkara berf.aedah saja
Elak berfikir perkara yang memesong & merosakkan minda.
Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan & makanan segera.
Jangan minum minuman bergas.


MENGHAFAL @ MEMAHAMI
Ramai orang yang silap anggap.Saya tidak pernah menghafal matapelajaran membabi buta .Waktu mengulangkaji saya memahami sesuatu konsep itu terlebih dahulu.Faham lebih penting.
“Saya memahami konsep & idea sesuatu topik.Apabila telah faham mudahlah untuk ingat.Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu.”
LANGKAH MENGULANGKAJI
Semak sekali lalu bab yang hendak di ulangkaji.
Baca tajuk besar terlebih dahulu.
Baca tajuk kecil.
Teliti & cuba fahami gambar,gambarajah,ilustrasi & jadual yang tertera dalam bab tersebut.
Apabila mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk,teliti isinya secara detail.
Tandakan isi-isi penting dengan ‘highlighter’ di buku teks @ saya buat peta minda dalam buku nota khas.
Cari @ reka sendiri kata kunci.
Pada masa yang sama mengingat.
Ulangkaji awal ,jangan tunggu sehingga saat terakhir sebelum peperiksaan.
KAEDAH MEMAHAMI
Fahami sesuatu konsep secara menyeluruh.
Setelah faham barulah mudah mengingat data @ menghafal.
Hafal membutu tuli belum tentu dapat @ faham.
Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda.
Minda hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang di pelajari.

STUDY HARD @ STUDY SMART?
Study Hard menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik.
Study Smart pula memahami sesuatu topik dengan pantas & selebihnya menggunakan minda untuk memberikan hujah & penjelasan.
Study Hard & Study Smart sama penting. Kalau bolah kita hendaklah study hard dan study snart! ‘Dan’ BUKAN ‘atau’.
Jangan belajar last minute. Belajar last minute menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain.Kalau anada belajar & mengulangkaji awal,anda mempunyai masa yang panjang & selesa untuk study smart.Bagaimanapun korbankan banyak masa jika anda mahu cemerlang.
SUMBER: WWW.SCRIBD.COM/

MENU WEB PILIHAN BULAN INI...

AKSES WEB PILIHAN
1. WWW.RESIPI.MESRA.NET
Menyediakan lebih 7000 resipi masakan tempatan dan antarabangsa
2. WWW.TLR.COM.MY
Laman web rasmi penyedia khidmat antivirus terkemuka dunia iaitu Kaspersky Lab.
WWW.KARANGKRAF.COM
Laman web rasmi penerbitan majalah terbitan syarikat Karangkraf seperti PC Magazine, Mingguan Wanita, Rasa dan banyak lagi.
WWW.TWITTER.COM
Merupakan cara terbaik untuk kirim telegram secara maya. Laman sosial merupakan antara yang paling popular di dunia siber.
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com
Tidak dapat dinafikan ini antara sumber bahan islamik yang menarik dan pelbagai untuk menambahkan pemahaman dan ilmu agama kita.
http://duniamoto.com/permotoran/
Buat kaki-kaki moto. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info-info terbaru permotoran.
7. http://www.premierleague.com/page/Home
Anda gila bola? Sepanjang penelitian kami, ini merupakan antara laman web yang memberikan keputusan terkini BPL dan isu bola terbaru yang best!

Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW

Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?Pahala yang berlipat ganda dan Keberkatan.
Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan. Bolehlah kita sama-sama amalkan :
1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air. Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS.
Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
Makan dengan menggunakan 3 jari. Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, boleh la makan macam biasa.
Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Kalau suami isteri/adik beradik boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur.
Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

CATATAN REDAKSI....TINTA PUSAT AKSES SERI

Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah swt. di atas ruang dan kesempatan untuk terus berbakti dan berkongsi secebis ilmu sesama kita. Mudah-mudahan ianya memberikan manfaat dan ruang untuk kita semua terus berbuat kebaikan di dunia dan akhirat.
Pada kesempatan yang ada ini saya ingin membuka minda warga Seri sekalian berkaitan isu celik ICT di kalangan pelajar SMK Seri. Berdasarkan hasil kutipan data yg dibuat sepanjang tahun ini terhadap 150 orang pelajar sesi pagi dan petang oleh jawatan kuasa pusat akses, terdapat dua indicator atau penanda aras yg penting untuk dimaklumkan di sini. Pertamanya adalah daripada 150 org pelajar yg disoal selidik, hanya 43 peratus atau 64 orang pelajar sahaja yg biasa dan pernah menggunakan atau mengakses internet. Petunjuk kedua adalah daripada 150 orang pelajar yg disoal selidik, hanya 40 peratus atau 60 orang sahaja yg memiliki sebarang akaun emel sama ada yahoo mail, gmail, hotmail, rocketmail dan sebagainya. Data yg dikumpulkan ini sebenarnya walaupun tidak seratus peratus memberikan gambaran yang tepat tetapi agak signifikan untuk membuktikan bahawa kadar celik IT dalam kalangan pelajar Seri masih amat rendah iaitu tidak sampai 50 peratus.
Persoalan pertama adalah kenapa timbulnya keadaan ini, yakni kurangnya kesedaran terhadap pentingnya komponen utama dalam perkembangn ict iaitu literasi internet . Ini timbul kerana para pelajar tidak merasakan betapa pentingnya internet dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bidang pendidikan. Tahukah kita semua bahawa internet kini digunakn untuk urusan permohonan kemasukan ke sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, permohonan memasuki institut pengajian tinggi malah untuk memohon pekerjaan pun perlu dilakukan secara on line atau atas talian sama ada di sektor awam atau swasta. Banyak soalan-soalan latihan, nota-nota pelajaran dan soalan-soalan peperiksaan boleh diperoleh melalui internet…kalau saya nak cerita mengenai kelebihan internet ni sampai malam pun belum tentu habis. Pendek kata kalau kita nak memesan makanan pun boleh dilakukan melalui internet, dan makanan akan dihantar ke hadapan pintu rumah kita… Cuma yg agak menyedihkan kpd pelajar2 kita di sekolah ini adalah penggunaan internet lebih terhad kepada hiburan dan keseronokan. Sedangkan banyak sekali laman ilmu seperti eduwebtv, yahoo education, guru.net, dsbnya.
Kesimpulannya, saya ingin menyeru kepada semua pelajar supaya menggunakan ruang, peluang dan kesempatan yang ada untuk mempelajari internet. Walaupun tinggal di Balik Pulau tetapi ini bukanlah alas an untuk kita semua terus tertinggal daripada arus kemajuan digital. Cuba-cubalah berjinak-jinak dengan mengunjungi pusat internet desa bersebelahan pejabat pos, perpustakaan daerah, makmal komputer sekolah, malah di pusat akses sekolah kita untuk belajar berkaitan internet secara percuma…apa-apa kemusykilan boleh berhubung dengan jawatankuasa pusat akses di….SELAMAT MAJU JAYA....
SIDANG REDAKSI